~~PenC!nTa SeTia~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

-0uR SeC0nD BaBy-

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Saturday, February 22, 2014

::DOMINO PIZZA IN KOTA BHARU::

Assalamualaikum semua......
:
Alhamdulillah.....hari ini adalah hari
 "OPENING DAY" bg DOMINO PIZZA 
cawangan KOTA BHARU KELANTAN.....
Dah lama aku nantikan saat ini...bukan pe, bg aku, nak di bandingkan 
dengan PIZZA HUT, aku lagi sedap pizza kat domino...
ngeh ngeh ngeh.....
Korang canne eh??
So, hari ni, 22 FEB 2014, maka adalah domino pizza di kelantan...
Alang2 aku tengah mengidam pizza ni....
tercapai jugak nak makan...
Lately, mengandung anak second ni...
aku mengaku,aku makan banyak....
makanan plak,kena pilih....
kalau pizza ni pun aku kna pilih topping die....
kalau xkena gaya,makan muntah balik woooo....
perkara paling xsuka sbb after muntah,tekak rasa pedih...
ohhhh....dugaan...(besarnya jasa mak pd aku..)
:
NI haaaa....area domino pizza kt kota bharu, tp td aku xsempat
nak amik gambar,maklumlah panas terik..
so ni sumber dari: kelantan blogger...
gambar ni msa tengah renovation haritu...
tadi dah cantik,penuh dgn belon2 semua..
maklumlah 1st day beroperasi...hehe...
:
    :
ramai jugak org dtg hrini....penuh kt dalam...tp di sebabkan
aku nk beli jugak,aku rela menunggu...
tadaaaaaa......ni haaa yg aku beli
:
:
1) Extreme edge regular size 1 pieces
2) Mushroom soup 2
3) Seven Up drink 2
4) Roasted Chicken Drummet..
harga pun berbaloi2...ade byk discount....i loike
:
 EXTREME EDGE
 ROASTED CHICKEN DRUMMET


:
jommm.....nak balik daaaa.....
kejap lagi nk jumpa client ak lak.....
adios....
wassalam.... :)



Friday, February 14, 2014

::DaLam DilemMa::

Assalamualaikum.....

Dilema antara dia dan dia....
mana harus ku pilih?
ku dahulukan dia, 
ber erti ku membelakangi dia yg satu lagi...
tidak ku ingin membelakangi dia,
kerana dia satu2nya yg aku sayangi...
namun,
keputusan bukan di tanganku..
aku xberupaya membuat keputusan...
di luah mati emak,di telan mati bapak...


keluar kandang harimau




 masuk mulut buaya...





owhhhhh...
sungguh aku dalam dilemma....
dilema ini membuatku stress seharian..
jika aku boleh memilih dia,
dah lama aku tinggalkan dia yg satu lagi..
tetapi.....aku terjerat....
huarggghhhhhhh....









Wednesday, February 12, 2014

::BERJANGGUTLAH WAHAI LELAKI::

"Sebelum ini, aku NAMPAK MALAIKAT berebut-rebut untuk menadah AIR WUDUK yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu, tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabatku.."

(Kata-kata Rasulullah S.A.W kepada seorang sahabat ketika baginda ditanya mengapa beliau TIDAK SENYUM LAGI kepadanya sebelum ini..)




KELEBIHAN:
-Sunnah
-Ketampanan menyerlah
-Nampak soleh dan beragama
-Lebih bersemangat untuk jadi hamba yang baik
-Ganjaran besar di sisi Allah SWT
-Manfaat kesihatan
-Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu.



(saya suka janggut awak ler....hehehe)



hadis Rasulullah SAW berkaitan janggut: klik sini

rahsia janggut suami pada isteri : klik sini


::Indahnya TAHAJJUD itu::

Assalamualaikum semua...


Solat Tahajjud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunat Mu'akad (solat yang dituntut oleh syarak). Solat Tahajjud boleh dikerjakan paling minima sebanyak 2 rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tidur. Namun, waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah sepertiga malam. Sebagaimana pesanan dari Imam Nawawi: 



Keajaiban Solat Tahajjud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajjud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalm solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajjud adalah seperti berikut:

(1) TIKET KE SYURGA


(2) MENJAUHI PENYAKIT


(3) MENGANGKAT DARJAT MANUSIA

(4) MENDAPAT RAHMAT ALLAH S.W.T


(5) DOA DIKABULKAN


(6) PENGHAPUS DOSA


(7) MENEWASKAN SYAITAN


(8) MENJAGA KESIHATAN ROHANI 



JOM....SAMA-SAMA KITA TINGKATKAN AMAL DAN BERSAMA MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T.

WALLAHUA'LAM..

cara solat sunat tahajjud: klik sini

sumber: here



Tuesday, February 11, 2014

::CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD::


Assalamualaikum



 :
Erti Solat Tahajjud:

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam. 

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.

Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.
:









:

Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.
:

Lafaz Niat:


Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar 

”Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"



Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:



1. Pada rakaat pertama baca Surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau Surah Al-Baqarah: ayat 284-286. Surah-surah lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan. 

2. Pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas atau Surah Ali-Imran :ayat 18,19,26,27.

Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.

3. Selepas solat dan memberi salam. Baca doa ini jika dapat. Atau doa sendiri minta keampunan dan hidayatnya.


Maksudnya:

“Ya Allah, Ya Tuhan, bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit, bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan. Engkau Haq dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau. Kata-kata Mu benar. Kenyataan syurga dan neraka, kesejahteraan dan kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau, mahupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada helah mahupun kekuatan kecuali dengan Mu jua.”


4. Istighfar sekurangnya 10x atau lebih.





Maksudnya:



Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

5. Baca Penghulu Istighfar jika dapat.



Sementara tunggu subuh bolehlah zikir. Dan jika mahu tidur balik bacalah ayat-ayat berikut:

1. Ayat Qursi.
2. Surah Al-Ikhlas.
3. Surah Al-Falaq.
4. Surah An-Nas.

Fadillat atau faedah mengamalkannya:

1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.
4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.
5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.

Wassalam.



~CIntaKu HinGga KeSyuRga~

IKAN ITU, MENGINGATKAN AKU AKAN DIKAU...

1 tahun 8 bulan

1 tahun 8 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cursor