~~PenC!nTa SeTia~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

-0uR SeC0nD BaBy-

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Monday, February 10, 2014

::*Pregnant 1st Vs 2nd*::

Salam/ Salam Sejahtera....

Di kala sepi ini, aku sendirian menulis ayat2 yang entah ape2....huhu...
10/02/2014...aku sedang mengalami alahan teruk...bukan alahan jugak, tapi keletihan yang melampau...sampai 3-4 kali aku tidur hari ni...kerja buat xbuat jer..huargghhh...dugaan mengandung utk kali kedua nampak gayanya.....kali pertama aku xde mengalami macam ni....

Kali pertama : Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza...
- xboleh bau masak kari
- hari2 rasa nka makan tomyam jer...
- selalu muntah bila naik kereta
- semua jenis nasi boleh makan
- selalu makan asam atau buah yg masam utk elak loya.
- boleh minum banyak air masak 4-5 liter sehari.


Kali kedua : in the making...(boy or girl...lets Allah give the best :)
- xboleh bau org masak semua jenis masakan..
   (masuk bulan kedua, aku dah xboleh masak..huhu...banyak beli makanan kt luar...ape blh buat..bau bawang, bau minyak dlm kuali pun dah uwek2...macam mane aku nk habiskan memasak.yang aku blh buat, adalah masak air ngan masak nasi jer...)
- banyak rasa letih dan rasa nk tidur jer (1st trimester)
- banyak jenis nasi yg xboleh makan...yg suka mkn pizza, kfc potato wedges, burger, satay, seafood..
- xboleh bau tomyam dah...kari boleh lagi setakat ni (1st trimester)
- xsuka masam2.
- suka nasi kerabu ngan nasi dagang jer..lain2 xblh terima.
- perasaan sedikit sensitif...huhuhu...
- naik kereta jer....ok sikit loya2...hihi..(dah la minyak kereta mahal time ni...)
- xboleh minum banyak air masak...bila bnyak minum, keluar balik....dugaan...
:
:
Alhamdulillah...apa yg berlaku setakat ni, aku dapat mengatasinya dengan baik lagi....aku harap ini semua dugaan bagi aku untuk menjadi seorang ibu yg lebih tabah dalam menjalani liku2 kehidupan seharian...
Apa-apa pun yg berlaku, aku sering berharap org sekeliling terutama suami aku dapat memahami perasaan serta emosi ibu mengandung....



Wednesday, January 22, 2014

:::Culik: Rogol: Bunuh-kanak2 dan wanita diambang ketakutan:::

1. Jenayah rogol , rogol dan bunuhserta rogol kanak - kanak-mutaakhir ini semakin meningkat dan membimbangkan . Rakyat khasnya para wanita dan kanak - kanak kini tidak selamat menjalani kehidupan seharian . Bila - bila masa maruah dan nyawa mereka akan diragut kejam oleh penjenayah yang bebas bermaharajalela .

2. Faktor pendorong kepada berlakunya jenayah seksual ini terlalu banyak dan tidak ada gunanya kita saling salah menyalahkan antara satu sama lain bahkan semua pihak mestilah mengambil tanggungjawab untuk mendepani musibah atau malapetaka yang menimpa negara ini.

3. Cuma saya sangat terkilan dengan sikap sebahagian dari kalangan masyarakat kita termasuk cerdik pandai dan pihak berkuasa seperti mahu memejamkan mata terhadap syariat Islam tatkala membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu ini .

4. Saya lihat semua orang setuju penjenayah dihukum seberat - beratnya , semua orang setuju supaya jenayah ini dibendung segera dan semua orang setuju bahawa mangsa mesti dibela sewajarnya , tetapi malang 1001 kali malang , hampir tiada yang melihat bahawa penyelesaiannya ada pada Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt .

5. Semua jenayah yang semakin meningkat indeksnya adalah berlaku dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada peraturan dan undang - undang ciptaan manusia sejak sekian lama. Ternyata sistem yang ada sekarang biarpun seberat mana hukuman itu dijatuhkan gagal membendung penularan jenayah kejam ini . [ Hukuman mati mandatori keatas pengedar dadah sebagai contoh , bukan sahaja tidak mampu membendung pengedar dadah malah empayarnya semakin berkembang dan dadah semakin mudah untuk diperolehi .]

6. Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam ? Islam sebagai agama dan cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad saw adalah agama dan syariat yang pernah membuktikan keupayaannya membendung maksiat dan mungkar dalam sejarah pemerintahan dan pentadbirannya .

7. Islam mempunyai pakej lengkap untuk menyelesaikan isu jenayah kejam yang melanda negara hari ini . Bermula dari pendidikan , pencegahan , kawalan dan hukuman serta pembelaan dan pendakwaan. Apa yang perlu sekarang ialah negara mesti memberi peluang kepada Islam untuk membuktikan keupayaan dan keberkesanan perlaksanaannya .

8. Hukuman berkesan tidak hanya dilihat kepada beratnya hukuman tersebut kerana hukuman berat hanya mampu menyakitkan tubuh dan mendera fizikal , sedang apa yang penting dalam usaha membendung jenayah ialah keinsafan penyesalan dan kesedaran agar jenayah itu tidak berulang dan berkembang . Bertolak dari sini lah Islam menawarkan pakej lengkap dan berkesan [ merangkumi fizikal , mental dan spiritual ] untuk tujuan membendung dan menghapuskan jenayah .

9. Justeru itu , sewaktu membincangkan penyelesaian terhadap isu seperti ini , janganlah ianya dibuat dengan mengambil pandangan atau interview orang ramai secara rambang lantaran isu ini mestilah melibatkan kajian dan penelitian orang - orang yang berilmu . Para alim ulama' yang berkaliber mestilah dilibatkan secara serius dan aktif untuk mengkaji dan menggubal peraturan berasaskan syara' .

10. Janganlah prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Mengapa perlu terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda barat . Kenapa masih mahu bertahan setelah lebih 50 tahun menyaksikan kegagalan undang - undang ciptaan manusia membendung jenayah ini ? Sementara undang - undang Islam kaya dengan hikmah [ kebijaksanaan ] dan apa yang lebih penting ialah rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [kebaikan yang melimpah ruah ] . Keadilan Islam adil untuk semua dan ia menyinari semua . [ termasuk pesalah , mangsa , keluarga , masyarakat dan negara ].


Sunday, January 19, 2014

::My Princess is growing up::

Salam.....kpd pengikut setia blog ku....
terima kasih kerana masih sudi...
membaca
mem 'follow'
meng 'komen'..
terharu weh....
walaupun aku dh jrg berblogging....tp masih rmai yg baca entry aku...
pada kali ini, i just want to introduced my daughter...
NUR QISTINA RAUDHAH BT KASMIJEFRIZA.
she is growing healthy.....alhamdulillah...
:
she also herbalife addicted same like her mother..
"like mother like daughter" katakan....
:
 :
:

Thursday, May 16, 2013

PruBSN Smartlink ( Manfaat Kehamilan & Bayi)

                                        PruBSN Smartlink  ( Manfaat Kehamilan & Bayi)



Kini anda boleh dapatkan sokongan dan lindungi si manja sebelum dia melihat dunia untuk pertama kali.

Perkara paling indah dalam kehidupan dating dalam bentuk yang tak dijangka-sama seperti kelahiran seorang bayi. Jadi, kenapa tunggu sehingga bayi anda telah lahir untuk memberikannya yang terbaik. Kini PruBSN SmartLink meluaskan perlindungan supaya anda boleh mula melindungi si manja dari dalam rahim lagi.
                                       

Pelan bijak ini memberikan anda ketenangan jiwa dengan memastikan anda dan bayi anda sentiasa dilindungi-dari mula lagi.

1.      Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawall 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini kami memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan Extra Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat selepas lahir untuk bayi anda.

2.      Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN Smartlink?

Anda boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika anda hamil 20 minggu dan jika anda berumur antara 19 hingga 45 tahun.

3.      Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika saya bersedia untuk berkeluarga?

Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider baby care. Rider ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir, dan kami berikan perlindunganyang sama untuk setiap kelahiran.

Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak anda dilahirkan.

4.      Siapakah yang layak untuk mengambil rider baby care?

Jika anda berumur di antara 19 hingga 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya anda hamil sebelum anda berumur 46 tahun.


5.      Apakah manfaat-manfaat yang diberikan dalam pelan ini?


… Manfaat baby care tidak akan dibayar sekiranya anak:
-tidak dilahirkan semasa tempoh sijil atau
-lahir ketika dalam 10 bulan tempoh menunggu atau
-lahir dalam tempoh 18 bulan daripada tuntutan yang boleh di bayar untuk kelahiran terdahulu.


kepada yg berminat sila sms/call: 013-2115917 (NAA PRUDENTIAL)






Monday, October 1, 2012

::Introducing you my beloved daughter::



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Oleh kerana aku dah lama xberblog, maka dengan rasminya hri ni, aku tonjolkan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan suami terchenta Encik Kasmijefriza bin Abdul Kadir....
maka terhasillah 

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza.....

Dilahirkan berbeza 2 hri awl dr tarikh lahirku iaitu 8 jun 2012 pd jam 5.05 pg...
Dilahirkan dengan seberat 3.0 kg....disambut oleh papa nya sendiri...
Alhamdulillah sekarang Qistina sedang membesar denga sihat di samping kasih sayang yg melimpah ruah dr keluarga2 terdekat...
Opsssss.......cukup setakat ini shaja dulu la....ade masa aku akan post lagi......cuma tarikhnya tatau bila...mungkin esok, lusa atau tulat...huk3...inilah gara2 xde internet...
Bye semua......selamat malam.....nk balik nengok Qistina plak..huhu..
:



~CIntaKu HinGga KeSyuRga~

IKAN ITU, MENGINGATKAN AKU AKAN DIKAU...

1 tahun 8 bulan

1 tahun 8 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cursor