Cuti sekolah sudah berakhir...dan ramai juga kawan2 yang telah mendirikan rumahtangga pada musim sekolah...Barakallahulakuma....
:
Saat ada yg melangsungkan perkahwinan, ada di antara kita masih di himpit masalah...masih dalm pencarian, siapakah jodoh mereka? dan bilakah mereka akan dijodohkan? Seronok bukan melihat kawan2 mendirikan rumahtangga...dan ada juga yang berpendapat tidak mahu kahwin sebab belum bersedia.. Apa-apa pun, masing2 ada sebab tersendiri dan hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahinya..
:
Sekilas saya menjenguk di email...tatkala ada seorang kawan menghantar email menanyakan bagaimana dia mahu berkahwin sedangkan masih belajar dan si teruna pun bukannya kerja yang hebat2 untuk menanggung "wang hantaran" atau "mas kahwin" yang akhir-akhir ini hangat di bincangkan. Masakan tidak, statistik yang dikeluarkan menunjukkan ramai perempuan di umur 24-29...masih belum berkahwin dan ini menjadi Trend rakyat kita..dan si lelaki pula, umuo 28-35, ada yang masih belum mendirikan rumah tangga. Dimanakah silapnya? Sekali pandang, itu sudah tertulis di Luh-Mahfuz....tetapi, apakah yang membebankan kedua-dua Si Teruna dan Dara yang ingin mendirikan rumah tangga..Bagi yang baru menamatkan pelajaran, sudah tentu kerja tetap belum ada, tetapi keinginan untuk berkahwin itu ada..jika mereka datangnya dar keluarga yang berada, sudah tentu tidak menjadi masalah dalam bab itu. Tetapi bagaimana pula yang datangnya dari golongan yang miskin?
;
Justeru, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ketahui sepanjang menerusi liku-liku hidup ini..
:
"LAMBANG PADA AKAD NIKAH INI BUKAN DIUKUR NILAINYA PADA BESAR ATAU KECIL, BANYAK ATAU SEDIKIT"
:
Calon isteri sudah siap menanti di kamar pengantin yang sudah siap dihias indah. Di ruang tamu, para hadirin dan wali mengelilingi calon suami yang sedang resah berbaur gembira untuk menyempurnakan lafaz ijab dan kabul.
:
Namun, satu lagi syarat perlu dipenuhi oleh pihak lelaki sebelum akad nikah dilangsungkan iaitu mas kahwin. Pemberian mas kahwin atau mahar DIWAJIBKAN ke atas calon suami sebagai hadiah kepada pasangannya sewaktu majlis akad nikah.
:
Mas kahwin yang dinamakan oleh Allah Taala sebagai 'sidqah' sepertimana disebut dalam al-quran:
"Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang enak lagi baik akibatnya." (An-Nisa':4).
Di mana letaknya kepentingan mas kahwin itu dalam perhubungan yang terjalin antara kedua pasangan yang hendak melayari bahtera rumah tangga?
:
Di sebalik mahar....
Pemberian mahar sebenarnya memberi implikasi yang sangat halus lagi indah dalam menabur dan menyubur benih cinta antara pasangan yang akan memulakan hidup baru..Dan pemberian itu juga hendaklah sesuai dengan kemampuan yang memberi; kerana syariat tidak menentukan atau mengehadkan pemberian mas kahwin itu sedikit atau banyak. Tidak ada larangan selama masih dalam batas kemampuan dan keupayaan si suami.
:
Pemberian mas kahwin adalah lambang pada akad nikah yang nilainya bukan terletak pada besar atau kecil; tetapi di dalamnya terjunjung erat perasaan si suami yang berkeinginan untuk memuliakan teman hidup barunya itu.
Sebaik2 mahar itu...
Untuk menentukan banyak atau sedikit mahar, ia terpulang kpd persetujuan kedua-dua pengantin. Bagaimanapun syariat tdk menggalakkan mas kahwin yg terlalu tggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebaik-baik maskahwin, menurut satu hadis, adalah lebih rendah. Jadi disunatkan mas kahwin itu rendah nilainya, supaya tdk menjadi kemudaratan dan bebanan bagi pihak lelaki menyediakannya. Namun, tdk pula terlalu rendah hingga menjatuhkan martabat wanita.
:
Perlu juga difahami bahawa mas kahwin berbeza dengan belanja hantaran. Yang diwajibkan hanya mas kahwin sedangkan belanja hantaran adalah pemberian yang dikaitkan dengan adat..
:
(mas kahwin itu tdk semestinya berupa wang atau harta benda...TO BE CONTINUE)

0 comments:
Post a Comment