~~PenC!nTa SeTia~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

-0uR SeC0nD BaBy-

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Saturday, June 4, 2011

Nikah: Turning Point Seseorang yg bernama Wanita

"Berhati-hati atau terburu nafsu wanita akan menentukan kebahgiaannya dalam suatu kontrak yang diharapkan berpanjangan seumur hidup..."
..........................
Akad nikah adalah turning point seorang wanita. Ia adalah satu pengorbanan yang besar dan pertaruhan yang tinggi. Dengan bersetuju dinikahi bererti wanita merelakan dirinya tunduk dan patuh di bawah pimpinan seorang lelaki yang belum begitu dikenali berbanding bapanya sendiri. Apakah ikatan ini lebih kuat daripada hubungan darah daging??? Apa yang Jelas, bapanya telah memeliharanya dengan baik ibarat menatang minyak yang penuh.

Apakah perasaan kasih sayang dan layanan baik yang dikecapi itu akan berterusan selepas khawin? kesediaan wanita untuk hidup bersama lelaki dan meninggalkan org tua yang membesarkannya adalah suatu pengorbanan yang cukup tinggi. Hal ini hampir mustahil dilakukan kecuali setelah berasa yakin bahawa kebahgiaan dan pembelaan bersama suami mengatasi ketika bersama keluarga kandungnya.

di samping itu, ia sanggup menumpahkan taat setia, khidmat dan hormat untuk 'membeli' redha suami dengan penuh harapan, moga ALLAH akan meredhai dirinya. Sehubungan ini Nabi S.A.W ada bersabda: "Siapa sahaja wanita yang meninggal dunia, sedang suaminya redha padanya,maka wanita itu akan masuk syurga."
(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.)




Pernikahan juga bermaksud wanita bersedia menyerahkan mahkota kehormatan dirinya kepada suaminya dan membuka rahsia dirinya yang paling dalam. Selama ini ianya belum pernah dibuka kepada mana-mana lelaki sekalpun demi menjaga maruah dan harga diri.

Selanjutnya bagi wanita, nikah bukan satu perancangan 5 tahun dalam hidupnya,bahkan satu komitmen seumur hidup. Mungkin pernikahan iti adalah peluang pertama dan terakhir iaitu sekali dalam seumur hidupnya. Sekali tersilap mungkin akan merana sepanjang hidup kerana 'terperangkap' dengan seseorang lelaki dalam satu kontrak hidup yang tidak membahgiakannya.Kesediaan wanita menyerahkan haluan dan keputusan hidupnya ke pintu syurga kepada lelaki 'asing' adalah satu pertaruhan yang besar. Dengan sebab itulah nikah dikatakan sebagai satu perjanjian yang kukuh sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
"Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu (suami) perjanjian yang kuat." (An-Nisa':21)

Menyedari hal ini maka pihak wanita janganlah terburu nafsu dalam persoalan nikah kahwin. Oleh iti sedari awal akan dapat dipastikan bakal suami faham peranan dan tanggungjawab,mahu dan mampu pula untuk bertanggungjawab.



""Jangan membuat keputusan berdasarkan desakan persaingan atau bimbangkan apa orang lain kata. Setelah berasa aman dan percaya terhadap pegangan agama dan hati budi calon suami maka terimalah pinangannya.....""



2 comments:

☆Lady Zahraa☆ said...

Herbalife Distributor? Interesting.. nak leave jejak d cbox tp failed.so tgl sini je la. nak tau more bout Herbalife product ni.

Marhaini Suriana Ayub said...

Hi Machiko....
What aspect that u wish to know?

~CIntaKu HinGga KeSyuRga~

IKAN ITU, MENGINGATKAN AKU AKAN DIKAU...

1 tahun 8 bulan

1 tahun 8 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cursor