Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Apabila aku terbaca artikel Ally Iskandar dan Farah Lee nk kawin 20 Januari ni (di sini).. ade satu frasa yg membuatkan aku tergerak utk menulis entry kali ini...ape dia?? teruskan membaca...
Dalam proses merancang perkahwinan, bajet atau ongkos menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pihak lelaki yang agak pening kepala bila pikir pasal bab2 kawin nie. Yelah, main angka berpuluh2 ribu… mana nak cari duit.
So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklah menabung awal2. Supaya nanti tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..
Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:
1. Kursus kahwin
...Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la). Kalau tak silap, tahun 2012 kos kursus khawin ini akan di naikkan di sebabkan pertambahan modul (statistik menunjukkan bil penceraian meningkat, lalu modul2 dlm kursus perkhawinan di ubah suai dan waktu kursus pun dilanjutkan dr 2 hari kepada 3 hari 2 malam...waktu malam pun akan ade modul2 jgk) tapi, bab kenaikan kos kursus kawin ni, korang kena rujuk kepada Jabatan Agama Negeri masing2..Aku amik kursus khawin ni thun 2011...pihak penganjur pun ade ckp mungkin kos kursus akan dinaikkan..( KOS NAIK LAGI)
TIPS > Hadirlah kursus khawin ni awal2...agar bila kos dinaikkan pun, korang semua xpening kepala...duit beb...
2. Mas kahwin
...Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan. Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.
TIPS > Carilah negeri yg murah mas khawin nya dah khawin lah ngan orang sane (hihi..ini dah memandai sendiri...jodoh di tangan ALLAH bukan kita yg tentukan negeri mane2...ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu jua..)
3. Wang hantaran
...Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua-dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurlah baju di badan sendiri’…TAPI melihat keadaan sekarang, byk pihak melihat kepada kelulusan utk menentukan jumlah wang hantaran....aggaran spt berikut:
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
(bagi situasi dunia sekarang....wang hantaran di dahulukan, kemudian barulah mas khawin...akan tetapi, menurut perspektif Islam pemberian mas khawin adalah wajib...rujuk sini mengenai mahar )
TIPS > (Jangan cari yg last tu PHD.. klu duit ciput...amik yg paling awal..pergi booking terus ngan mak ayah dia...booking pun, jgn korang wat hal xelok plak...niat biar betul..org lain memang xleh baca niat korang dlm hati...tapi ALLAH tahu niat korang...)
4. Upah juru nikah atau tok kadi
(sumber gambar dari sini)
...Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++… depends kepada negeri masing2 la.
TIPS > Kalo yg ni nk dikurangkan jgk, pandai-pandai la bincang rege ngan Tok Kadi tu...
5. Barang hantaran
...Barang hantaran nie kadang2 akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!
TIPS > Untuk budget...beli jer hantaran gula2 yg 10 sen 2 biji tu..pastu wat la design yg pelbagai bentuk...
6. Gubahan hantaran
...Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah!
TIPS > Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.
7. Cincin atau barang kemas yang lain
...Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama! Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat sebelum anda bergelar suami isteri!
TIPS >Hehe....kalo bab ni, suami isteri bincang la sendiri..bincang dgn pasangan masing2..nk yg besoooor ker...nk yg keciiikkk ker terpulang...tapi cincin atau barang kemas, tdk boleh di bawa sampai mati...kalo korang teringin yg mahal2, yg besar2, nk seperti kwn itu, kwn ini, lalu bajet xde nk kawen, buat maksiat...tempah neraka la jawabnya...
8. Pelamin
...Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada styledan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…
TIPS > Amik jer selimut terbaru, alas katil terbaru....sbb mlm tu korang berdua yg akan beradu tenaga....bukannya manusia diluar..kerana mereka hnya datang utk melihat, memuji (kalo cantik) mengata (kalo xcantik)...tapi kalo nk puaskan hti org sampai bila2 pun hati org xkan puas..yg penting kita buat yg wajib sudaaaa..
9. Baju pengantin
...Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit. Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..
TIPS > Pakai jer baju yg mane2, asal tutup aurat....mati nti, pakai kain putih jgk..
10. Kad kahwin
...Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook,ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi la…Tepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak, bergantung kepada spesifikasi dan designsesuatu kad tue. Sebelum pilih kad kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!
TIPS > Seperti yg dibuat oleh Ally dan Farah Lee...xpyh buat kad nyer...ape guna ade facebook, ape guna ade twitter, bgtw jer kt situ...lgpun, kalo buat kad beratus2 kosnya, kwn korang yg korang bg kad tu, bukannya simpan pun kad tu...betul tak? xpyh buat kad, jimat duit, selamat pokok2 di Malaysia sbb kurang penggunaan kertas..
11. Kenduri / jamuan
...Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa. Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer. Semernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?
TIPS > kerah kaum kerabat untuk memasak....hbs cerita..
12. Khemah dan kelengkapan lain
...Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo,pyramid, arabian dsb. Dan ada jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….
TIPS > pilih tarikh kawen time cuaca nyaman xpns dan xhujan....xpyh kemah...sediakan kerusi jer...
13. Juru gambar
...Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.
TIPS > amik gambr sendiri jer..xpun suruh adik atau sedara terdekat yg amik gmbr..bila dah ade duit lebih nanti, korang gi la bergambar kt studio atau amik pakej outdoor...cuma utk kawen masa terdekat ni, buat sakat termampu dulu...jgn paksa2, nanti korang sendiri akan tension..
14. Hiburan
Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…
TIPS > xpyh hiburan pun xpe...amik radio, pasang kuat2...
15. Honeymoon
Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’.Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)
TIPS > Honeymoon dlm bilik korang sudaaa...hias cantik2....
Okla, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semer perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck!
p/s: tips2 kt atas, klu ade yg berguna, korang amik la guna pkai, kalo xberguna bg korang, lps baca gi selam kepala dlm air....kompom xingat dh ape yg korang bace yer....apa2 pun berserderhanalah dlm smua perkara dan ingatlah SYAITAN akn menangis bila nikahnya anak2 cucu2 Nabi Adam A.S....dan sesiapa yg berkhawin, maka telah sempurna 2/3 dr agamanya yakni agama Islam....dan apabila berkhawin, tangani semua yg mendatang dgn berhemah...wallahua'lam....
Forum akhbar di atas dari : http://buttermagenta.blogspot.com/2011/06/wang-hantaran-mahal.html
0 comments:
Post a Comment