~~PenC!nTa SeTia~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

-0uR SeC0nD BaBy-

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Saturday, March 24, 2012

::7 bulan vs Melenggang Perut ::

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Pepatah mengatakan.....
biar mati anak, jangan mati adat...
tetapi
,
bagaimanakah sekiranya adat itu terpesong dari agama???
Na'uzubillah....
:



Adat Melenggang Perut??? Apakah itu??? Semalam aku balik kampung, jumpa mak dan abah kat kampung, apabila diberitahu kandungan aku sudah masuk 7 bulan, lantas keluar dari mulut mak Melenggang Perut?? Haaaaa....aku dah agak dah...mesti soalan ini akan terkeluar punya...ramai jgk kwn2 yg sekampung yg tny, xbuat melenggang perut ke?? adushhhh....budaya apakah ini....
:
Setahu aku, melenggang perut ini, entah ape ke majlis yg ade kaitan dengan tok bidan dan alat2 sewaktu dengannya...lantas apabila aku balik umah mak mertua, aku google untuk lebih mengetahui ape itu adat melenggang perut, kesan dan HUKUMNYA...yg penting hukum perlu diutamakan, jangan adat di utamakan...
:
JOM baca sekilas lalu, apa itu adat melenggang perut???

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Peralatan untuk upacara ini termasuk

Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
Segantang beras
Sebiji kelapa
Beberapa urat benang mentah
Damar
Minyak kelapa atau minyak urut
Lilin
Tepak sirih yang lengkap isinya
Pengeras sebanyak RM1.25


Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
:

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.

:

Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
:
Hmmmmm....gerun aku dengar....hri tu aku ade jumpa bidan moden la katakan, kenapa aku katakan bidan moden, sebab tok bidan ni sendiri tak buat dah melenggang perut ni, die kata zaman dah serba canggih, nk tahu kedudukan anak dalam kandungan, dah ada mesin scan, xperlu risau2 lagi....sebab kalau jumpa tok bidan xmoden, mesti kena buat melenggan perut ini...apa yg tok bidan usik dalam perut ade sesiapa tahu tanpa alat scan ke ape....gerun memang gerun....baik gi scan kat hospital...
:
JOM terjah apa HUKUM kalau buat adat melenggang perut ini???
:

PERTAMA

Soalan
Saya sedang mengandung anak pertama. Adakah wajib saya membuat kenduri melenggang perut dan adakah berdosa jika saya enggan melakukannya?

Jawapan
Amalan melenggang perut sama ada anak pertama atau seterusnya seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu tidak wujud dalam Islam. Mempercayai sesuatu bencana akan berlaku sekiranya tidak dilakukan amalan melenggang perut adalah suatu perkara karut dan tidak berasas sama sekali dan adalah lebih baik jika ia tidak dilakukan.

(dari : arkib soal jawab Jakim)

KEDUA

(adat bertentangan dengan syariat...klik sini)


baca artikel mengenai adat melenggang perut ni pun sudah buat diriku takut...
sebab entah jampi serapah ape yg di baca....
adat semata-mata...
Baik lebih baik dan baik buat
kenduri kesyukuran dan bacaan doa selamat
supaya dipermudahkan dan selamat sewaktu proses melahirkan anak nanti...

Doakan semoga aku selamat melahirkan anak pertama nanti....
Debaran kian hampir...............
Wassalam....

1 comments:

Anonymous said...

Salam.. :) ada membaca tentang melenggang perut sebentar tadi bila sedang mencari maklumat tentang kebudayaan kebangsaan..

saya bersetuju dengan apa yang menjadi topik perbincangan puan mengenai melenggang perut, terutamanya tentang adat terdahulu dan alat moden kini untuk tujuan membetulkan kedudukan anak.

Cuma, jangan dibincangkan mengenai keburukan atau kelemahan suatu perkara (adat) jika anak masih dalam kandungan. Takut apa yang menjadi adat orang-orang tua terdahulu menjadi badi kepada puan.. Nak komen tentang sesuatu, komen lepas anak deliver..

Hanya nasihat sebagai umat manusia. Semoga anak sihat2 saja.

~CIntaKu HinGga KeSyuRga~

IKAN ITU, MENGINGATKAN AKU AKAN DIKAU...

1 tahun 8 bulan

1 tahun 8 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cursor