~~PenC!nTa SeTia~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

-0uR SeC0nD BaBy-

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Wednesday, July 27, 2011

Setenang Air di Muara, jangan di sangka tiada BUAYA.

Buaya atau dalam bahasa inggerisnya lebih dikenali sebagai crocodile...atau dalam bahasa kelate nyer lebih dikenali dgn "BOYO"...when call the BOYO...it sound looks like BOY when we drop the O at the back? Are u agree with me?

So.....when its come to this topic......ada 1 alkisahnya.......
Alkisahnya bermula aku jumpa seorang kawan lama....dlm duk bidang sales ni mcm2 aku jumpa orang...ish3...betul kta org, lain padang, lain belalang, lain org, lain ragam...(ntah betul ka dak pepatah aku, sila rujuk kamus dewan balik.)
BOYO.....kenapa selalu di kaitkan dengan lelaki???
Hari ni aku jumpa kwn aku tuh...merangkap senior aku dlu, cerita punyer cerita...aku terkeluar tnya psl dia punyer family sekarang...bila dh kluar soal family, aku tny die dh kawen blum..lalu, terkeluar la kisah ini....die cerita yg suaminya main kayu 3.....sekarang anak dah 2....tapi dlm senyap2, si suami dia blh main kayu 3....dia tahu hal ni pun, sbb dia dah selidik dan kaji sendiri....dari sumber yg boleh dipercayai iaitu 2 biji matanya sendiri, dia nmpk suami dia bermesra dgn betina lain....
"kalaulah kita si perempuan berada ditempatnya? apkah perasaan anda? dan bagaimanakah tindakan anda semua?"
walau bermacam tindakan anda, tapi kawan aku ni byk sabar punya...die ttp tabah...aku plak yg nk mrh sbb aku mmg anti dgn pmpuan yg suka kacau laki org ni...

NAK DISAMPAIKAN DISINI...
Kenapakah seorang lelaki tega melakukan begini kepada isterinya yg sedang membesarkan anaknya? di manakah telus hati seorang bapa? di manakah janji2 mu yg kau lafazkan dulu? di manakah kesetiaamu yg kau pertaruhkan dulu?

wahai lelaki, jgnlah dek kerana kubuasan boyomu, kau senang2 meninggalkan isteri bersama ankmu 2 org kerana inginmencari kebebasan dan kepuasan dalam hidup? Selama mana engkau mampu menongkah awan yg membiru ini? sedarlah engkau akan ada 1 pembalasannya nanti kerana ALLAH MAHA ADIL DAN BERKUASA...



Aku sudah xboleh tgk husband kwn aku tu sbb aku dah benci dek perangai hipokrit dia...kepada kwn aku tu, yg aku xsebut nama die, klau2 baca entry ini...harap di maafkan...aku xsebut nama kerana ia akan menimbulkan sensitiviti pihak yg terlibat....

SEGANAS-GANAS BOYO pun, akan tiba satu masa ia akan MAMPUS jgk.....
SEZALIM-ZALIM manusia pun, dia akan MATI suatu hari nanti....


Sunday, July 3, 2011

My Wedding Day

Tanggal 1 Julai 2011....(1.7.11),
aku telah selamat di ijabkabulkan bersama buah hati kesayangan aku
Kasmijefriza Abd Kadir,
merangkap suami aku sekarang..

Dengan sekali lafaz bersama lantangnya,
kini aku telah sah menjadi isteri kepadanya.
Maka, datanglah tanggungjawab yg bakal aku tempuhi selepas ini.

:



Terima kasih abg, kerana selama ini kita telah susah payah
mengharungi dugaan dan cabaran dalam hidup kita.
Apa yg Na harap,
kita berdua kekalkan perasaan dgn
penuh kasih sayang dan cinta ini sampai bila
.

Terngia-ngia lagu ini dalam minda Na...

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Begitu banyak mesej yg ingin di sampaikan dalam mesej lagu ini....
:
:
"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."
(Hadis riwayat Ibn Jabir)

"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Ar-Ruum: 21)




Friday, June 17, 2011

Kenapa Gagal Untuk KURUS!!!!

Sebab utamanya adalah kerana
memilih jalan yang salah.
JANGAN sesekali anda terperangkap dan termasuk dalam golongan ini!

1) KURANG MAKAN

Jalan Salah: Kurangkan makan seperti tidak makan malam.
Kesan: Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma
turun mendadak. Lemak masih kekal.
Keputusan: Kurus sekejap, semua KG yang hilang datang kembali bersama
beberapa KG lagi sebagai saguhati.


2) AMBIL PIL PELANGSINGAN

Jalan Salah: Ambil pil pelangsingan.
Kesan: Selera makan langsung hilang, loya, pening-pening, jika tersalah ambil, kesihatan terjejas.
Keputusan: Kurus sekejap, jika berhenti ambil pil, selera makan datang kembali dan gemuk semula.


3) DIET BUAH-BUAHAN SHJ.

Jalan Salah: Makan buah-buahan sahaja.
Kesan: Badan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang. Tekanan
kerana terpaksa makan makanan yang sama berulang-ulang.
Keputusan: Diet tidak kekal lama, mudah berputus asa!


Cara yang betul adalah dengan HERBALIFE..mengandungi nutrisi lengkap!!!
klik di sini...
http://www.revolution2health.blogspot.com
:
:
TQVM

Tuesday, June 14, 2011

APA PENTINGNYA MAS KAHWIN?

Cuti sekolah sudah berakhir...dan ramai juga kawan2 yang telah mendirikan rumahtangga pada musim sekolah...Barakallahulakuma....
:
Saat ada yg melangsungkan perkahwinan, ada di antara kita masih di himpit masalah...masih dalm pencarian, siapakah jodoh mereka? dan bilakah mereka akan dijodohkan? Seronok bukan melihat kawan2 mendirikan rumahtangga...dan ada juga yang berpendapat tidak mahu kahwin sebab belum bersedia.. Apa-apa pun, masing2 ada sebab tersendiri dan hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahinya..
:
Sekilas saya menjenguk di email...tatkala ada seorang kawan menghantar email menanyakan bagaimana dia mahu berkahwin sedangkan masih belajar dan si teruna pun bukannya kerja yang hebat2 untuk menanggung "wang hantaran" atau "mas kahwin" yang akhir-akhir ini hangat di bincangkan. Masakan tidak, statistik yang dikeluarkan menunjukkan ramai perempuan di umur 24-29...masih belum berkahwin dan ini menjadi Trend rakyat kita..dan si lelaki pula, umuo 28-35, ada yang masih belum mendirikan rumah tangga. Dimanakah silapnya? Sekali pandang, itu sudah tertulis di Luh-Mahfuz....tetapi, apakah yang membebankan kedua-dua Si Teruna dan Dara yang ingin mendirikan rumah tangga..Bagi yang baru menamatkan pelajaran, sudah tentu kerja tetap belum ada, tetapi keinginan untuk berkahwin itu ada..jika mereka datangnya dar keluarga yang berada, sudah tentu tidak menjadi masalah dalam bab itu. Tetapi bagaimana pula yang datangnya dari golongan yang miskin?
;
Justeru, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ketahui sepanjang menerusi liku-liku hidup ini..
:
"LAMBANG PADA AKAD NIKAH INI BUKAN DIUKUR NILAINYA PADA BESAR ATAU KECIL, BANYAK ATAU SEDIKIT"
:
Calon isteri sudah siap menanti di kamar pengantin yang sudah siap dihias indah. Di ruang tamu, para hadirin dan wali mengelilingi calon suami yang sedang resah berbaur gembira untuk menyempurnakan lafaz ijab dan kabul.
:
Namun, satu lagi syarat perlu dipenuhi oleh pihak lelaki sebelum akad nikah dilangsungkan iaitu mas kahwin. Pemberian mas kahwin atau mahar DIWAJIBKAN ke atas calon suami sebagai hadiah kepada pasangannya sewaktu majlis akad nikah.
:
Mas kahwin yang dinamakan oleh Allah Taala sebagai 'sidqah' sepertimana disebut dalam al-quran:
"Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang enak lagi baik akibatnya." (An-Nisa':4).



Di mana letaknya kepentingan mas kahwin itu dalam perhubungan yang terjalin antara kedua pasangan yang hendak melayari bahtera rumah tangga?
:
Di sebalik mahar....
Pemberian mahar sebenarnya memberi implikasi yang sangat halus lagi indah dalam menabur dan menyubur benih cinta antara pasangan yang akan memulakan hidup baru..Dan pemberian itu juga hendaklah sesuai dengan kemampuan yang memberi; kerana syariat tidak menentukan atau mengehadkan pemberian mas kahwin itu sedikit atau banyak. Tidak ada larangan selama masih dalam batas kemampuan dan keupayaan si suami.
:
Pemberian mas kahwin adalah lambang pada akad nikah yang nilainya bukan terletak pada besar atau kecil; tetapi di dalamnya terjunjung erat perasaan si suami yang berkeinginan untuk memuliakan teman hidup barunya itu.


Sebaik2 mahar itu...
Untuk menentukan banyak atau sedikit mahar, ia terpulang kpd persetujuan kedua-dua pengantin. Bagaimanapun syariat tdk menggalakkan mas kahwin yg terlalu tggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebaik-baik maskahwin, menurut satu hadis, adalah lebih rendah. Jadi disunatkan mas kahwin itu rendah nilainya, supaya tdk menjadi kemudaratan dan bebanan bagi pihak lelaki menyediakannya. Namun, tdk pula terlalu rendah hingga menjatuhkan martabat wanita.
:
Perlu juga difahami bahawa mas kahwin berbeza dengan belanja hantaran. Yang diwajibkan hanya mas kahwin sedangkan belanja hantaran adalah pemberian yang dikaitkan dengan adat..
:
(mas kahwin itu tdk semestinya berupa wang atau harta benda...TO BE CONTINUE)

Friday, June 10, 2011

SwEET.. 23rd

Hari demi hari, umur aku semakin meningkat.....
Hari ini bersamaan 10 Jun 2011..
umur aku sekarang dah 23 tahun...
sweet twenty third katakan....

Pada 9 Jun....kekawan seangkatan di tempat kerja telah mengadakan majlis....Birthday aku di sambut bersama ngan Kak Nora yg jatuhnya befday dia pada 11 Jun...kira same la kan kak nora kan? Terima kasih jugak kepada org yg Sponsor kek ni...a.k.a Bekham...hik3...aku gurau2 jer nk kek, tp dia wat jgk....Thanks to her wife kak Tikah..

Walaupun befday di sambut awal...syukur ALHAMDULILLAH...semuanya berjalan lancar..


kek yg asalnya perisa blueberry.....last2 di campur sekali ngan belacan dari laksa....perrrgghh!!!

kaw kaw kaw punyerrr...........
Tiba masa untuk potong kek....
together with him!
Dannn.....selamatlah mereka2 semua menjamu selera......termasuk aku...Bismillahirrahmanirrahim....makan la smua...

Dan tibalah detik yg aku tunggu...pada jam 12.01am..nk tgk siapa yg wish tgh2 mlm buta...hmmmm...adik kesayangan aku yg mesej dulu
"Happy befday my sis...wish lux to u...b Epy in ur Life..b epy, don't b sad sis..epy Befday.."

This msg is the most very touching..because only her know what exactly happen to me throuhgout my life..Luaran gembira....dalaman..hanya yg mengetahuinya sahaja yg tahu..perit, suka dan duka dalam kamus hdup aku...and whatever happen, i MUST be strong to my future...huk3...

Dahhh.....tak payah nk sedih2 la...smile always...dalam agama Islam pun melarang ummatnya bersedih.."La Tahzan"....

Apa-apa pun.....TQ untuk semua yg wish..thru phone or fesbuk....Tqvm! :)

~~SWEET 23rd missdrcinta~~~

~CIntaKu HinGga KeSyuRga~

IKAN ITU, MENGINGATKAN AKU AKAN DIKAU...

1 tahun 8 bulan

1 tahun 8 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cursor