~~PenC!nTa SeTia~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

-0uR SeC0nD BaBy-

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para blogger sekalian...

Hehe...sudah lama aku x meng 'update' blog ni....boleh di katakan dah lapuk dek hujan, kering dek panas...eh eh...ntah betul ke tak pepatah ni, jgn main cilok jer...aku main hentam ape yg ade lam kepala aku jer...apa khabar anda di luar semua..mungkin hri ni anda smua sibuk membuat azam dan planning yg bru utk tahun 2012...oleh kerana azam maal hijrah dh di tetapkan, mantapkan bersama azam 2012...cinfirm mantap azam korang semua...aminn...tapi pesanan penaja di sini, buat la azam yg berfaedah yer, jgn plak azam yg bukan2....
:


:
Apa2 pun azam anda.....terpulang pada anda..

:
Tahun 2012 di ambang pintu...
Ini mungkin tahun terakhir kita di muka bumi...
Azamlah utk jadi yg terbaik,
Membantu bukan membantutkan,
Mendoakan bukan mengutuk org,
Cari kebaikan bukan keburukan org,
Memaafkan bukan dendam,
Jadi sbb turunnya Hidayah Allah bukan daayah setan,
Dapat redha Allah dan redha insan,
Bahagia d dunia n cemerlang di akhirat.
Maaf zahir batin kpd semua yg mengenali diri,
moga Allah rahmati kita semua. Amin....

wallahu'alam....

Monday, October 17, 2011

~~Bila di sahkan Hamil~~

Salam 1 Malaysia...
Lama sudah saya menyepi dr dunia blog...bukan ape, cuma sedikit sibuk sejak kebelakangan ini dan tiada masa untuk meng update blog...
:
Lalu.....pada 13 Oct yg lepas, sy yg kurang rasa sihat pergi ke klinik, memang tujuan utama untuk test sama ada pregnant or not cz period pun lewat tggu2 xdtg...bdan pun kdg2 lemah semacam jer..saya n husband memang dah agak dah..pregnant surely...untuk mengesahkannya kami berdua pergi ke klinik yg berdekatan...
:
"nak test sama ada pregnant ke tak" direct sy tny nurse yg jaga kt kaunter pendaftaran...hehe..malu pun ade, cuma belum pernah ada pengalaman masa ni, biasa lah anak sulung katakan...
....test punya test....
:
tadaaa....
POSITIVE PREGNANT..
...Alhamdulillah syukur alhamdulillah....
Patut la...sejak 2 menjak ni saya dh rasa cam pening2 dan muntah2...rasa kepenatan menyelubungi diri...tp saya kuatkan diri....

Asam jawa menjadi ubat bagi bg menghilangkan rasa loya2 dan muntah2....dah byk saya habiskan untuk hilangkan rasa ketidakselesaan ini....
:
ini rupa kot baby @ fetus dlm kandungan sy sekarang....sudah 4 minggu....
Oh my baby.....i love u and your papa....hehe...
Thanks papa to bring our baby....:)
:
:
:
Wish the best for us..
:

Wednesday, August 10, 2011

::>Nilai 1 Ciuman<::

Salam Ramadhan.....
Semalam aku ckp nk post blog sal 1 ciuman..
tapi aku xsempat nk siapkan...
nk kata byk kerja, tak banyak sangat..
tp duk berebut netbook ngan hubby...hik3..
bagi die je la..lau xbgi nti merengek cam baby lak...kah3...

Ciuman???
mentang2 la dah kawen,
pandai2 aku cakap sal ciuman kan??
acecece..Gatal!

Tapi....
untuk entry kali ini,
berkait dengan ciuman utk ibu dan ayah....uhuk3..
aku rindukan mereka...
semalam aku msj ngan mama...
mama ckp "ma rindukan peluk cium dari kak long mcm dulu"..
thats why keluar idea kau tuk post entry ciuman ini...


Sejak aku bergelar isteri kepada Kasmijefriza Abdul Kadir,
mama sering kali bertanya bila aku nk balik,
kenapa tak balik umah...
Padahal baru seminggu lepas alik umah...
Oh mama...mengertilah olehmu,
aku selalu merinduimu siang dan malam hinggakan terbawa dlm mimpi...
bkn k.long tak nk balik ma..
k.long perlu kerja utk diri k.long, keluarga k.long dan utk mama dan adik2 jgk...
Bila ada rezeki lebih, k.long takkan lupakan utk mama dan adik2...
kerja bisnes mcm ni, mama kena faham..kalau kita mlas, bknnya dpt duit....kerja mkn gaji xpe la....dtg kerja, setiap bulan dapat duit..tapi kaklong berpegang pada kata2 1/10 kekayaan hasil dr perniagaan...so, k.long hrp sgt2 mama dan sekeluarga mengerti..., kaklong nk buat kerja pun bru bersemangat...
Cuma perlu bersabar sedikit masa lagi, akan k.long gembirakan semua..

(kpd adik2 aku yg bca blog ni, tlg sampaikan kat mama yer....
k.long tak sampai hti nk bgtw.)

Lagipun, kita 1 negeri...bukan berlainan negeri, bukannya jauh....
mungkin mama terlalu rindukan k.long kan, sehinggakan begitu berat hati untuk melepaskan k.long ke tangan org lain..
.begitu hebat ciuman yg aku berikan pada mama hinggakan 6 adik beradik yg lain tak mampu tandingi rindu mama pada aku...

Ape resepi untuk mama rindukan aku??
"CIUMAN"
1 ciuman yg ikhlas....
bukan aku nk bangga diri, tapi utk kongsi bersama2...
xkira, ke mana saja aku nk pergi, asal kluar jer dr rumah, aku akn salam tgn mama dan abah dan xlupa utk ciuman kedua2 pipi mereka.. Mama ok jer...tapi mula2 abah malu sbb belum ade adik2 yg lain buat, aku yg pecahkan tradisi...tapi lama-kelamaan, mama dan abah rindukan ciuman itu...tak kira d depan org ramai ker, aku cium mereka...walaupun abah masih tersipu malu, tapi aku tetap cuba usirkannya..tak salah kan aku cium kedua org tua aku??? dan hingga ke hari ini, mereka selalu rindukan aku kerana ciuman itu...buktinya mama yg meluahkan sendiri...
:
:
:
:
:
moral of the story: cium lah seseorang yg kita sayangi dan cintai (yg halal) dengan seikhlas hati...hasilnya anda akan rasai sendiri..bila kita berjauhan dari mereka..
:
:
:

Wednesday, July 27, 2011

Setenang Air di Muara, jangan di sangka tiada BUAYA.

Buaya atau dalam bahasa inggerisnya lebih dikenali sebagai crocodile...atau dalam bahasa kelate nyer lebih dikenali dgn "BOYO"...when call the BOYO...it sound looks like BOY when we drop the O at the back? Are u agree with me?

So.....when its come to this topic......ada 1 alkisahnya.......
Alkisahnya bermula aku jumpa seorang kawan lama....dlm duk bidang sales ni mcm2 aku jumpa orang...ish3...betul kta org, lain padang, lain belalang, lain org, lain ragam...(ntah betul ka dak pepatah aku, sila rujuk kamus dewan balik.)
BOYO.....kenapa selalu di kaitkan dengan lelaki???
Hari ni aku jumpa kwn aku tuh...merangkap senior aku dlu, cerita punyer cerita...aku terkeluar tnya psl dia punyer family sekarang...bila dh kluar soal family, aku tny die dh kawen blum..lalu, terkeluar la kisah ini....die cerita yg suaminya main kayu 3.....sekarang anak dah 2....tapi dlm senyap2, si suami dia blh main kayu 3....dia tahu hal ni pun, sbb dia dah selidik dan kaji sendiri....dari sumber yg boleh dipercayai iaitu 2 biji matanya sendiri, dia nmpk suami dia bermesra dgn betina lain....
"kalaulah kita si perempuan berada ditempatnya? apkah perasaan anda? dan bagaimanakah tindakan anda semua?"
walau bermacam tindakan anda, tapi kawan aku ni byk sabar punya...die ttp tabah...aku plak yg nk mrh sbb aku mmg anti dgn pmpuan yg suka kacau laki org ni...

NAK DISAMPAIKAN DISINI...
Kenapakah seorang lelaki tega melakukan begini kepada isterinya yg sedang membesarkan anaknya? di manakah telus hati seorang bapa? di manakah janji2 mu yg kau lafazkan dulu? di manakah kesetiaamu yg kau pertaruhkan dulu?

wahai lelaki, jgnlah dek kerana kubuasan boyomu, kau senang2 meninggalkan isteri bersama ankmu 2 org kerana inginmencari kebebasan dan kepuasan dalam hidup? Selama mana engkau mampu menongkah awan yg membiru ini? sedarlah engkau akan ada 1 pembalasannya nanti kerana ALLAH MAHA ADIL DAN BERKUASA...



Aku sudah xboleh tgk husband kwn aku tu sbb aku dah benci dek perangai hipokrit dia...kepada kwn aku tu, yg aku xsebut nama die, klau2 baca entry ini...harap di maafkan...aku xsebut nama kerana ia akan menimbulkan sensitiviti pihak yg terlibat....

SEGANAS-GANAS BOYO pun, akan tiba satu masa ia akan MAMPUS jgk.....
SEZALIM-ZALIM manusia pun, dia akan MATI suatu hari nanti....


Sunday, July 3, 2011

My Wedding Day

Tanggal 1 Julai 2011....(1.7.11),
aku telah selamat di ijabkabulkan bersama buah hati kesayangan aku
Kasmijefriza Abd Kadir,
merangkap suami aku sekarang..

Dengan sekali lafaz bersama lantangnya,
kini aku telah sah menjadi isteri kepadanya.
Maka, datanglah tanggungjawab yg bakal aku tempuhi selepas ini.

:



Terima kasih abg, kerana selama ini kita telah susah payah
mengharungi dugaan dan cabaran dalam hidup kita.
Apa yg Na harap,
kita berdua kekalkan perasaan dgn
penuh kasih sayang dan cinta ini sampai bila
.

Terngia-ngia lagu ini dalam minda Na...

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Begitu banyak mesej yg ingin di sampaikan dalam mesej lagu ini....
:
:
"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."
(Hadis riwayat Ibn Jabir)

"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Ar-Ruum: 21)




Friday, June 17, 2011

Kenapa Gagal Untuk KURUS!!!!

Sebab utamanya adalah kerana
memilih jalan yang salah.
JANGAN sesekali anda terperangkap dan termasuk dalam golongan ini!

1) KURANG MAKAN

Jalan Salah: Kurangkan makan seperti tidak makan malam.
Kesan: Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma
turun mendadak. Lemak masih kekal.
Keputusan: Kurus sekejap, semua KG yang hilang datang kembali bersama
beberapa KG lagi sebagai saguhati.


2) AMBIL PIL PELANGSINGAN

Jalan Salah: Ambil pil pelangsingan.
Kesan: Selera makan langsung hilang, loya, pening-pening, jika tersalah ambil, kesihatan terjejas.
Keputusan: Kurus sekejap, jika berhenti ambil pil, selera makan datang kembali dan gemuk semula.


3) DIET BUAH-BUAHAN SHJ.

Jalan Salah: Makan buah-buahan sahaja.
Kesan: Badan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang. Tekanan
kerana terpaksa makan makanan yang sama berulang-ulang.
Keputusan: Diet tidak kekal lama, mudah berputus asa!


Cara yang betul adalah dengan HERBALIFE..mengandungi nutrisi lengkap!!!
klik di sini...
http://www.revolution2health.blogspot.com
:
:
TQVM

Tuesday, June 14, 2011

APA PENTINGNYA MAS KAHWIN?

Cuti sekolah sudah berakhir...dan ramai juga kawan2 yang telah mendirikan rumahtangga pada musim sekolah...Barakallahulakuma....
:
Saat ada yg melangsungkan perkahwinan, ada di antara kita masih di himpit masalah...masih dalm pencarian, siapakah jodoh mereka? dan bilakah mereka akan dijodohkan? Seronok bukan melihat kawan2 mendirikan rumahtangga...dan ada juga yang berpendapat tidak mahu kahwin sebab belum bersedia.. Apa-apa pun, masing2 ada sebab tersendiri dan hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahinya..
:
Sekilas saya menjenguk di email...tatkala ada seorang kawan menghantar email menanyakan bagaimana dia mahu berkahwin sedangkan masih belajar dan si teruna pun bukannya kerja yang hebat2 untuk menanggung "wang hantaran" atau "mas kahwin" yang akhir-akhir ini hangat di bincangkan. Masakan tidak, statistik yang dikeluarkan menunjukkan ramai perempuan di umur 24-29...masih belum berkahwin dan ini menjadi Trend rakyat kita..dan si lelaki pula, umuo 28-35, ada yang masih belum mendirikan rumah tangga. Dimanakah silapnya? Sekali pandang, itu sudah tertulis di Luh-Mahfuz....tetapi, apakah yang membebankan kedua-dua Si Teruna dan Dara yang ingin mendirikan rumah tangga..Bagi yang baru menamatkan pelajaran, sudah tentu kerja tetap belum ada, tetapi keinginan untuk berkahwin itu ada..jika mereka datangnya dar keluarga yang berada, sudah tentu tidak menjadi masalah dalam bab itu. Tetapi bagaimana pula yang datangnya dari golongan yang miskin?
;
Justeru, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ketahui sepanjang menerusi liku-liku hidup ini..
:
"LAMBANG PADA AKAD NIKAH INI BUKAN DIUKUR NILAINYA PADA BESAR ATAU KECIL, BANYAK ATAU SEDIKIT"
:
Calon isteri sudah siap menanti di kamar pengantin yang sudah siap dihias indah. Di ruang tamu, para hadirin dan wali mengelilingi calon suami yang sedang resah berbaur gembira untuk menyempurnakan lafaz ijab dan kabul.
:
Namun, satu lagi syarat perlu dipenuhi oleh pihak lelaki sebelum akad nikah dilangsungkan iaitu mas kahwin. Pemberian mas kahwin atau mahar DIWAJIBKAN ke atas calon suami sebagai hadiah kepada pasangannya sewaktu majlis akad nikah.
:
Mas kahwin yang dinamakan oleh Allah Taala sebagai 'sidqah' sepertimana disebut dalam al-quran:
"Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang enak lagi baik akibatnya." (An-Nisa':4).



Di mana letaknya kepentingan mas kahwin itu dalam perhubungan yang terjalin antara kedua pasangan yang hendak melayari bahtera rumah tangga?
:
Di sebalik mahar....
Pemberian mahar sebenarnya memberi implikasi yang sangat halus lagi indah dalam menabur dan menyubur benih cinta antara pasangan yang akan memulakan hidup baru..Dan pemberian itu juga hendaklah sesuai dengan kemampuan yang memberi; kerana syariat tidak menentukan atau mengehadkan pemberian mas kahwin itu sedikit atau banyak. Tidak ada larangan selama masih dalam batas kemampuan dan keupayaan si suami.
:
Pemberian mas kahwin adalah lambang pada akad nikah yang nilainya bukan terletak pada besar atau kecil; tetapi di dalamnya terjunjung erat perasaan si suami yang berkeinginan untuk memuliakan teman hidup barunya itu.


Sebaik2 mahar itu...
Untuk menentukan banyak atau sedikit mahar, ia terpulang kpd persetujuan kedua-dua pengantin. Bagaimanapun syariat tdk menggalakkan mas kahwin yg terlalu tggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebaik-baik maskahwin, menurut satu hadis, adalah lebih rendah. Jadi disunatkan mas kahwin itu rendah nilainya, supaya tdk menjadi kemudaratan dan bebanan bagi pihak lelaki menyediakannya. Namun, tdk pula terlalu rendah hingga menjatuhkan martabat wanita.
:
Perlu juga difahami bahawa mas kahwin berbeza dengan belanja hantaran. Yang diwajibkan hanya mas kahwin sedangkan belanja hantaran adalah pemberian yang dikaitkan dengan adat..
:
(mas kahwin itu tdk semestinya berupa wang atau harta benda...TO BE CONTINUE)

~CIntaKu HinGga KeSyuRga~

IKAN ITU, MENGINGATKAN AKU AKAN DIKAU...

1 tahun 8 bulan

1 tahun 8 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cursor