Bismillahirrahmanirrahim….
Dgn nama Allah yang Maha Pemurah,Lagi Penyayang…
Dengan kalimah Bismillah aku mulakan pg nie…
Alhamdulillah…pg yg kedinginan, slps sbuh aku mulakan dgn bacaan mathurat…
Syukur padaMU aku masih lagi blh menghirup udara sesegar ini…
Alhamdulillah……..
Opsss….ingin aku berbicara di sini, biasalah bila Dr.Cinta berbicara ttg cinta…Nak dijadikan ceritanya, semalam ade seorang pesakit cinta datang berjumpa dgnku. Adeh…Dr.Cinta la aku kononnya…..hehehe….apa2 pun, die nak aku kongsi masalah dia…Cuma dirahsiakan namanya sahaja…supaya kwn2 di luar sana blh mengambil ihktibar…pehhh….sedey mak oi semalam, aku dgr luahan hati die…kesian kat die…jommm selami jiwa die yg bernama Aina( bkn nama sebenar).
Surat cinta utk sahabatku….
Surat cinta utk sahabat? Jgn terkejut….dia cintakan sahabat dia. Means, sahabat lelaki la…
Teeetttt…tettttt….tettttttt…..bila die yg berbicara..
Zek, hubungan kita kompleks bukan? Tiada siapa yg dapat menyimpulkan kesudahan hubungan kita….hanya DIA yg Maha Mengetahui jer yg blh simpulkan kesudahannya. Awak, terima kasih untuk semuanya, Terima kasih kerana awk telah hadir dalam hidup saya, awak telah mengembirakan saya…awk juga telah mengajar saya bagaimana peritnya hati dilukai sekali lagi. Cukup perit, ya ALLAH….Kau masih menguji hambaMU yg lemah ini…Kenapa aku tak boleh lari dari perasaan cinta? Aku tahu, itu anugerah dariMU ya ALLAH…Mungkin Kau nak menguji sejauh mana aku menyintai manusia dr mencintai diriMU….Terima kasih ya ALLAH kau masih menjaga hatiku supaya tak lalai padaMU…
Zek, hati ini kau toreh, namun lukanya tidak kelihatan dek kerana air mata ada yg mengalir deras menuruni pipi…Semalaman aku tak berdaya menangisi nasibku. Apakah pengakhiran hidupku? Ya ALLAH Kau kurniakanlah yg terbaik buatku…
Aku tahu, hatimu kuat menyintai ‘dia’, tapi kau umpama mencurah minyak tanah ke dasar hatiku kerana seringkali kita berbicara, kita berbicara ttg cinta…Kau bagaimana membuat aku berharap aku blh bersama dgnmu kelak…ade saje yg di anyam bersama, ade saje yg dilakar bersama? Ketika waktu kau mencoret dan melakarkannya, dimana hatimu di sudut kekasihmu itu. Aku tahu, aku insan yg lemah, lemah dalam soal cinta. Aku akan terjatuh dalam lembah cinta jika layanan kau mcm itu terhadapku. Aku dah cuba sedaya upaya untuk melupakanmu. Di suatu ketika, aku hampir berjaya melupakanmu, kau datang seolah meraih cintaku, meraih perhatian padaku, meluah perasaan ketaktentuanmu terhadapku. Aku sebagai seorang wanita, yg penuh dgn kasih sayang, dan ditambah perasaan sygku padamu, tdk dpt tdk, aku akan menenangkan perasaanmu itu. Lantas, diriku yg hampir pergi jauh drimu…terasa makin dekat denganmu. Kenapa di saat dirimu tak tentu itu, tidak saja kau mencari ‘dia’ dan kongsi bersama dgn ‘die’? Apa peranan dia sebagai kekasihmu?
“Jika cinta itu telah dikurniakan oleh ALLAH kepadaMU, kamu hendaklah bajai bersama org yg menyintaimu, doa supaya ALLAH memelihara cintamu itu… jgn pula, dlm proses membajai itu, kau tambahkan pokok cinta yg lain di sebelahnya, maka akan terjadilah persaingan antara 2 pokok itu, dan bila kedua2nya telah berbuah subur, kau tak tahu memilih yg mna…siapa yg salah? Fikirlah sendiri..” nasihat Dr.Cinta.
Zek, SATU permintaanku yg terakhir utkmu, jika dalam dirimu masih terdapat secebis perasaan syg buatku sebagai kwn mu, walaupun ruangku di hatimu itu sebesar kuman, yg mampu ditolak dgn kehadiran ‘die’…SATU permintaan dr ku, JANGAN sesekali kau menghubungi aku lagi! JGN sesekali. Aku tak mahu jd lebih rapat dgnmu. Aku tak mahu membajai kasih sygku yg hanya bertepuk sebelah tgn dan xberbunyi…aku tak mahu! Kenapa dan mengapa?
Sebabnya, bila saja kau menghubungiku,walaupun satu perkataan dlm msg “salam” darimu, aku akan terasa dkt dgnmu…Jadi, buat ape perasaan dkt itu klu aku sahaja yg merasainya? Mulai 1/5/2009…JGN LAGI HUBUNGI AKU!!! Izinkan aku pergi jauh dari hidupmu, izinkan aku mengambil masa utk mengubati hati yg terluka ini, susah utkku menghilangkan satu NAMAMU di sekeping hatiku ini. Namun, andai suatu hari nanti ia sudah pulih, aku sendiri akan kembali dgn harapan kekuatan yg aku bina itu tak mampu lagi ditembusi cinta dusta, cinta insan yg bernama manusia.
“Indahnya cinta ILAHI tiada kesedihan dipenghujungnya…” Dr.Cinta.
Itulah cerita pesakit Dr.Cinta semalam…Entah korang faham ke tak aku tulis ni, sbb dalam kepala aku…..esok exam maaaaa….mau segera aku tutup laptop ini…
Lps saje post yg nie, jumpa kalian semua 4hb mlm after I finish my last paper…huhuhu.
Untuk pengetahuan semua, pesakit cintaku ini, sedang dirawat di bilik rawatan cinta. InsyaALLAH aku akan cuba yakinkan dia semula ape itu hakikat kehidupan yg tak kekal…Sama2 doakan utk dia K..
p/s: utk pesakit yg sorang lagi, aku kenali Wan la nama die, awk hntr la masalah cinta kat email kt
missdrcinta@gmail.com. InsyaALLAH ada kelapangan, sy cuba bantu sbg Dr.Cinta =p.
Kepada kwn2 yg lain, ade masalah cinta? Hubungi Dr.Cinta dgn segera….hehehehe…Dr.Cinta yg kdg2 jd poyo…hihihi.
Caw dulu….sok ade exam…doakan Dr.Cinta K….huhuhuhu….Prof Ramli, ape la soklan kuar esok? Kihkihkih….nk p tny Parani la….die tau kot sbb die assistant Prof Ramli….syhhhhhh…
~~Salam cinta dari Dr.Cinta~~