~~PenC!nTa SeTia~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

-0uR SeC0nD BaBy-

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Thursday, April 30, 2009

~~T!T!k2 H!taM iTu~~

Setitik hitam, jika tak dibersihkan lama-kelamaan akan mengotori hati kita?
Apakah titik2 hitam itu?
Siapa tahu? sila berikan komen???
p/s: sebenarnya tak tahu ape nak tulis, jiwa bercelaru...
i'm going to sleep....i hope when i wake up...
no more...no more....no more!!!!
i dont want to remember!!!!!!!!!!!!

~2 paPer LaSt 4 f!NaL eXaM~

Alamak!!!
Sedar tak sedar dah nak habis 4 sem aku di UM..Tahun depan dah masuk final year...ya ALLAH cepatnye masa berlalu....Teruskan perjuangan atau aku ke alam pekerjaan. Wallahua'lam...Bkn aku tak blh decide, aku dah decide, tapi keputusan family bercanggah. Apa2pun, aku utamakan family...hehehe..ma, abah, dont worry...Along ikut kata ma...hehehe.....Fuhhh....final exam tinggal 2 paper lagi, sempat lagi aku change blog aku, dari wordpress ke blogspot. bkn ape, kat sini lagi senang nk upload gambar, nk edit balik pun senang...bg aku la....korang, aku tak tahu...Hmmmm...paper last aku 4 hb 5. start kul 8.30 mlm tueee.....mak oiii balik mlm2 la nti..abes kul 10.30 mlm....tunggu kumpul kertas jwpn lu, alamaknya kul 11 mlm la aku jalan kaki balik hostel. Nasib baik, ramai2, klu sorang2 wallahua'lam..nk cari siapa si penyelamat tak tahu la....alamaknya, aku panggil pakcik security guard...Jd cam hari tu, tunggu punya tunggu teksi, satu batang hidung teksi pun aku xnampak....ape ag, dgn selamba aku tahan kereta peronda kampus UM nih...alhamdulillah...nasib baik pakcik tu..hmmm pakcik ke? muda ag la...abg la...tp...susah la aku nk sebut abg....gatal lidah jdnya...so, aku ngan selambe panggil pakcik...kehkehkeh....nasib la pakcik peronda tue....alhamdulillah sampai gak aku kat hostel a.k.a Kolej tercinta Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya.



Opssss....lebih plak, aku cuma nk bercerita ttg 2 final exam aku yg last nih, satu human and animal physiology...perrggghhh...best siot belajar....start ngan osmoticity, kidney, respiratory, cardiovascular,bla2.....dan satu lagi nutritional sciences....oleh kerana aku belajar nutritional sciences, aku sekarang sedang mengaplikasikan ape yg aku belajar dalam hidup ku...bkn ape, inilah masanya utk ku berubah...berubah???




hahahaha....suspend betul...xpe2...tunggu dan lihat erkk? kemunculan semester baru nanti...hehe... =p




Ok la...jam sekarang dah menunjukkan 2.15 ptg...aku harus berhenti, bak kata fahri dalam ayat2 cinta, kita kena hidup di atas peta lakaran kita, jika menginjak satu saat, yg lain akan turut berubah...lebih kurang mcm tu la fahri cakap...ape2 pun, nk tahu lebih lanjut, bacalah NOVEL AYAT2 CINTA.....


p/s: Baca2 jgk, SOLAT jgn terlepas dan dilambat2kan....Qur'an pun kena baca taw!


~~~Salam cinta dari Dr.Cinta~~~





Cintaku Cintamu


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah… Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi … Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami… Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engaku takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan… Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya… Ya Allah yang tercinta… Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui...

Amiiiiin.......Ya Rabbal alamin.....


Seindah wanita adalah wanita SOLEHAH...



> Diceritakan seorang gadis, baik paras rupa, bagus akalnya, manis budinya namun imannya tak mencukupi kalau nak tampung itu semua. Hanya tudung yang labuh semata-mata. Jadi dimana jahilnya?

> “Dulu masa zaman jahiliyyah, akak tak tahu gambar kita tak boleh letak suka-suka kat friendster, myspace atau mana-mana pun. Jadi akak pun letak muka akak yang lawa-lawa, akak letak kat Friendster. Yang tak lawa buat apa nak letak. [sambil ketawa] gambar dengan kawan-kawan tak banyak, jadi akak letak gambar akak yang agak-agak penuh satu skrin tu, boleh kata banyak la jugak. Pastu ramai la lelaki-lelaki ajnabi dan perempuan-perempuan puji gambar akak lawa la, manis la, comel la. Mula-mula bangga bukan main lagi. Siap letak jadi primary photo lagi, tapi ada rasa bersalah SIKIT. Entahlah, rasa lain macam.

> Ditakdirkan Allah, suatu hari akak buka blog seorang akh ni, maaflah tak ingat alamat. Ada satu entri yang berjaya mencuri pandangan akak. Ada satu perkataan ni, pedas la juga. Kalau akak tak tahu yang akak salah, memang rasa macam nak marah orang tu. Tapi bila fikir secara Islam dan menggunakan akal, bukan melalui hati yang entah bagaimana keadaan kesihatannya, memang ada betulnya.

> Katanya: “Tak terfikirkah wanita-wanita muslimah kini, sayangnya bertudung tetapi mendedahkan wajah sewenang-wenangnya di dalam internet. Memanglah wajah itu bukanlah satu daripada aurat, namun hal ini untuk diri muslimah itu juga. Andaikan orang yang melihat itu bukan sebaik yang kita fikirkan, entah tiba-tiba disihirkan kita? Cukup kuatkan kekebalan iman kita nak tahan itu semua?

> Sesetengah muslimah di luar adakalanya marah kalau ditenung lama-lama. Ada lah yang digelar gatal, miang dan sebagainya. Tapi kalau mereka meletakkan gambar mereka di internet, apalah jaminannya untuk kaum-kaum adam ini merenung muka muslimah-muslimah ini lama-lama?

> Lain pula ceritanya kalau muslimah tersebut marah apabila ditenung kerana khuatir akan terlihat oleh lelaki tersebut akan jerawat yang tiba- tiba muncul. Alahai..

> Penjelasan ini tak seberapa sebenarnya. Cuma kalau dilontarkan permasalahan ini kepada wanita yang masih ada imannya, jika dikatakan kepada mereka

> “Peliharalah dirimu”
> maka secara automatiknya, wanita itu akan cuba untuk berubah sedikit demi sedikit kerana betama dalamnya maksud pelihara itu. Tak sia-sialah andainya wanita itu diibaratkan seperti permata. Makin diusik, makin kurang lah harganya.huhuhu![?]“
———————————– ———— — ——————————————–
“Dan perintahkanlah wanita-wanita beriman supaya merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatan dirinya…” [24:31]An-Nurayat31
—————————————– ——- —- ——————————————–
Lepas akak baca betul-betul, ayat pelihara tu memang dalam. Wanita Islam sangat berbeza. Tambahan pula seandainya wanita itu sangat pandai memelihara dirinya maka alangkah bertuahnya bakal suaminya kelak.



C!nTakaH diKau paDaKu



Adakah tapak tanganmu berkeringat,hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat didadamu?Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan matadarinya?Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada disana?Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkansemua orang?Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya keranakamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, ituBELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanyamembuat hatimu melompat?Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamumengambil berat tentangnya?Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap harihanya dia yang kamu fikirkan?Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamusenangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, ituKEMURAHAN HATI.
TetapiAdakah kamu tetap bertahan kerana campuran antarakesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan takterfahami … menarikmu mendekati dan tetapbersamanya?ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagiandirinya dan siapa dirinya?Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setiadengannya tanpa penyesalan?Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun
saatitu dia kuat?ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamubegitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itulahnamanya CINTA.

Kebahagiaanmu Kebahagiaanku



Aku ingin melihat kebahgiaanmu..
Telah ku cuba untuk menghapus namamu dari hatiku, tetapi aku tidak mampu, mungkin ALLAH menguji sekuat mana kesabaran dan keimananku, mungkin DIA nk menguji sama ada aku masih mengingatiNya lagi atau tidak. InsyaALLAH selagi ISLAM dlm genggamanku, aku takkan sesekali melupakan penciptaKU yg maha agung. Sesungguhnya CINTA kepadanya yang hakiki. DIA juga yang memberi aku perasaan untuk merasai cinta dari insan yang bernama lelaki.
Perkenalan denganmu secara xsengaja, telah membuat hatiku tercatat namamu…Walau kita berdua berjauhan, aku terasa ingin memberi kebahgiaan buatmu kerana ku tahu kerana masa silam lalu telah membuat kau takut untuk mengakui hakikat kehidupan. Walaupun aku tahu diriku akan terluka suatu hari nanti, kenapa hatiku berkeras untuk masih menyayangimu sedangkan aku tahu ada seseorang yg telah bertapak dihatimu. Keraskah hatiku ini atau hatiku terlalu lembut sehingga aku tidak Nampak kelukaan yang bakal aku hadapi suatu hari nanti. Kau telah katakan yang kau tidak akan menyayangi seseorang kerana kau takut akan kehilangan orang tu…Mungkin ya, mungkin tidak…..maksudnya mungkin hatimu sebenarnya berkata “aku tidak menyayangimu, dan takkan menyayangimu”. Aku tahu perasaan itu tidak boleh dipaksa. Kadang-kadang aku terfikir, adakah perempuan ini hanya sekadar mainan si lelaki. Kau kata tidak akan menyayangi seseorang??? Tapi si dia kau kata syg sgt2, dah 3 tahun kau menyayanginya! Apa maksud sebenarnya??? Apa istilah syg bagimu sebenarnya? Tapi…segala-galanya aku telah fikirkan, biarlah TAKDIR YANG MENENTUKAN. Kerana kita berdua banyak bezanya…kau lelaki aku perempuan. Kau kata tiada niat untuk mempermainkan aku. Ada perkara yang boleh terjadi tanpa niat! Terima kasih kerana mempermainkan hatiku lagi. Untuk apa aku masih hadir dalam hidupmu, untuk menunggu hari kebahgiaanmu? Untuk melihat hari persandinganmu? Jauh sekali….aku tidak lagi akan berada di sisimu walau kau anggap aku kawan…sejauh manakah persahabatan lelaki dan perempuan itu andai masa depan telah byk dianyam bersama. Kawan! Cinta! Dua-dua berbeza. Aku tahu setiap kali kau putus semangat, aku akan sentiasa memberi semangat buatmu. Tapi kini, tidak lagi…aku mahu pergi jauh darimu…pergii sejauh yang mungkin dari pandanganmu. Bkn niatku untuk melarikan diri darimu, tapi aku xmahu hatiku tersilap tafsir hakikat seorang kawan.. Maaf dipohon andai selama ini aku ada terkasar denganmu. Jauh di sudut hatiku, ku selalu mendoakan kejayaan dan kebahgiaan buat insan yg pernah aku sayang… Andai takdir akan mempertemukan kita suatu hari nanti, ingatlah aku, insan yg pernah menyayangimu….

KUTUJUKAN LAGU INI BUATMU…
Munginkah kau sedang berbahagia
setelah kau menyeksa jiwaku
tetapi bahagia mu itu dari penderitaanku
aku sekadar ingin bertanya adilkah sikapmu itu
sewaktu perlu kau cari aku kini aku dilupakan
sewaktu aku bersama mu ku curah segala kasih sayang
kerna aku percaya padamu melihat zahir yang indah
tapi hati mu sebaliknya kau tak sejujur yang ku sangkakan
kelembutan yang engkau pamerkan sanggup menipu diri ku
wajah mu yang indah dipandang tapi hati tak ikhlas padaku
bahagiakah hidupmu
kau yang tak pernah rasa bersyukur dengan apa ada padamu
tergamak memperdayakan aku yang jujur kepadamu
sewaktu aku bersama mu ku curah segala kasih sayang
kerna aku percaya padamu melihat zahir yang indah
tapi hati mu sebaliknya kau tak sejujur yang ku sangkakan
kelembutan yang engkau pamerkan sanggup menipu diri ku
wajah mu yang indah dipandang tapi hati tak ikhlas padaku
bahagiakah hidupmu
kau yang tak pernah rasa bersyukur dengan apa ada padamu
tergamak memperdayakan aku yang jujur kepadamu
aku sekadar ingin bertanya adilkah sikapmu itu
sewaktu perlu kau cari aku
kini aku dilupakan
setelah ada yang lain
kau tinggalkan diri ini
namun ku… redha

JGn TerLALu meNcaR! keSemPurNaaN




Jika kamu memancing ikan….

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke dalam air begitu saja….

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanyaketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ……..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPANkepada seseorang…

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamudan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …


Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….

cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..

Apabila sekali ia retak….

tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….

Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya….

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….
Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYAboleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…

yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.

Kamu akan MENYESAL.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. ..

MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..

Kamu juga yang akan MENYESAL…

p/s: fikir2kanlah..

JiKa !a C!nTa

Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..

J!kA iTu C!nTa



Jika itu CINTA???
Jika cinta pada seseorang,
Bersedialah untuk menyemai bahagia…
Bersedialah untuk disayangi,
bersedialah untuk dikasihi,
Bersedialah untuk menerima,
Bersedialah untuk memberi,
Bersedialah untuk memaafkan…
Sebaliknya…
Bersedialah untuk dilukai,
Bersedialah untuk dibenci,
Bersedialah ditangisi,
Bersedialah untuk ditinggalkan….
TAPI…..
Jika cinta pada ALLAH SWT…
Tak perlu bersedia apa-apa,
DIA sentiasa memberi kita kebahgiaan, mengasihi, menyayangi…
memberi, menerima dan memaafkan,
walaupun kita tak sedari dalam setiap hembusan nafas kita…
TAPI….
Bersediakah kita untuk bertemu denganNYA…
( untuk renungan bersama )

Welcome!!!






Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.



Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.



Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.


~CIntaKu HinGga KeSyuRga~

IKAN ITU, MENGINGATKAN AKU AKAN DIKAU...

1 tahun 8 bulan

1 tahun 8 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cursor