~~PenC!nTa SeTia~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

-0uR SeC0nD BaBy-

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Tuesday, June 14, 2011

APA PENTINGNYA MAS KAHWIN?

Cuti sekolah sudah berakhir...dan ramai juga kawan2 yang telah mendirikan rumahtangga pada musim sekolah...Barakallahulakuma....
:
Saat ada yg melangsungkan perkahwinan, ada di antara kita masih di himpit masalah...masih dalm pencarian, siapakah jodoh mereka? dan bilakah mereka akan dijodohkan? Seronok bukan melihat kawan2 mendirikan rumahtangga...dan ada juga yang berpendapat tidak mahu kahwin sebab belum bersedia.. Apa-apa pun, masing2 ada sebab tersendiri dan hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahinya..
:
Sekilas saya menjenguk di email...tatkala ada seorang kawan menghantar email menanyakan bagaimana dia mahu berkahwin sedangkan masih belajar dan si teruna pun bukannya kerja yang hebat2 untuk menanggung "wang hantaran" atau "mas kahwin" yang akhir-akhir ini hangat di bincangkan. Masakan tidak, statistik yang dikeluarkan menunjukkan ramai perempuan di umur 24-29...masih belum berkahwin dan ini menjadi Trend rakyat kita..dan si lelaki pula, umuo 28-35, ada yang masih belum mendirikan rumah tangga. Dimanakah silapnya? Sekali pandang, itu sudah tertulis di Luh-Mahfuz....tetapi, apakah yang membebankan kedua-dua Si Teruna dan Dara yang ingin mendirikan rumah tangga..Bagi yang baru menamatkan pelajaran, sudah tentu kerja tetap belum ada, tetapi keinginan untuk berkahwin itu ada..jika mereka datangnya dar keluarga yang berada, sudah tentu tidak menjadi masalah dalam bab itu. Tetapi bagaimana pula yang datangnya dari golongan yang miskin?
;
Justeru, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ketahui sepanjang menerusi liku-liku hidup ini..
:
"LAMBANG PADA AKAD NIKAH INI BUKAN DIUKUR NILAINYA PADA BESAR ATAU KECIL, BANYAK ATAU SEDIKIT"
:
Calon isteri sudah siap menanti di kamar pengantin yang sudah siap dihias indah. Di ruang tamu, para hadirin dan wali mengelilingi calon suami yang sedang resah berbaur gembira untuk menyempurnakan lafaz ijab dan kabul.
:
Namun, satu lagi syarat perlu dipenuhi oleh pihak lelaki sebelum akad nikah dilangsungkan iaitu mas kahwin. Pemberian mas kahwin atau mahar DIWAJIBKAN ke atas calon suami sebagai hadiah kepada pasangannya sewaktu majlis akad nikah.
:
Mas kahwin yang dinamakan oleh Allah Taala sebagai 'sidqah' sepertimana disebut dalam al-quran:
"Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang enak lagi baik akibatnya." (An-Nisa':4).



Di mana letaknya kepentingan mas kahwin itu dalam perhubungan yang terjalin antara kedua pasangan yang hendak melayari bahtera rumah tangga?
:
Di sebalik mahar....
Pemberian mahar sebenarnya memberi implikasi yang sangat halus lagi indah dalam menabur dan menyubur benih cinta antara pasangan yang akan memulakan hidup baru..Dan pemberian itu juga hendaklah sesuai dengan kemampuan yang memberi; kerana syariat tidak menentukan atau mengehadkan pemberian mas kahwin itu sedikit atau banyak. Tidak ada larangan selama masih dalam batas kemampuan dan keupayaan si suami.
:
Pemberian mas kahwin adalah lambang pada akad nikah yang nilainya bukan terletak pada besar atau kecil; tetapi di dalamnya terjunjung erat perasaan si suami yang berkeinginan untuk memuliakan teman hidup barunya itu.


Sebaik2 mahar itu...
Untuk menentukan banyak atau sedikit mahar, ia terpulang kpd persetujuan kedua-dua pengantin. Bagaimanapun syariat tdk menggalakkan mas kahwin yg terlalu tggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebaik-baik maskahwin, menurut satu hadis, adalah lebih rendah. Jadi disunatkan mas kahwin itu rendah nilainya, supaya tdk menjadi kemudaratan dan bebanan bagi pihak lelaki menyediakannya. Namun, tdk pula terlalu rendah hingga menjatuhkan martabat wanita.
:
Perlu juga difahami bahawa mas kahwin berbeza dengan belanja hantaran. Yang diwajibkan hanya mas kahwin sedangkan belanja hantaran adalah pemberian yang dikaitkan dengan adat..
:
(mas kahwin itu tdk semestinya berupa wang atau harta benda...TO BE CONTINUE)

Friday, June 10, 2011

SwEET.. 23rd

Hari demi hari, umur aku semakin meningkat.....
Hari ini bersamaan 10 Jun 2011..
umur aku sekarang dah 23 tahun...
sweet twenty third katakan....

Pada 9 Jun....kekawan seangkatan di tempat kerja telah mengadakan majlis....Birthday aku di sambut bersama ngan Kak Nora yg jatuhnya befday dia pada 11 Jun...kira same la kan kak nora kan? Terima kasih jugak kepada org yg Sponsor kek ni...a.k.a Bekham...hik3...aku gurau2 jer nk kek, tp dia wat jgk....Thanks to her wife kak Tikah..

Walaupun befday di sambut awal...syukur ALHAMDULILLAH...semuanya berjalan lancar..


kek yg asalnya perisa blueberry.....last2 di campur sekali ngan belacan dari laksa....perrrgghh!!!

kaw kaw kaw punyerrr...........
Tiba masa untuk potong kek....
together with him!
Dannn.....selamatlah mereka2 semua menjamu selera......termasuk aku...Bismillahirrahmanirrahim....makan la smua...

Dan tibalah detik yg aku tunggu...pada jam 12.01am..nk tgk siapa yg wish tgh2 mlm buta...hmmmm...adik kesayangan aku yg mesej dulu
"Happy befday my sis...wish lux to u...b Epy in ur Life..b epy, don't b sad sis..epy Befday.."

This msg is the most very touching..because only her know what exactly happen to me throuhgout my life..Luaran gembira....dalaman..hanya yg mengetahuinya sahaja yg tahu..perit, suka dan duka dalam kamus hdup aku...and whatever happen, i MUST be strong to my future...huk3...

Dahhh.....tak payah nk sedih2 la...smile always...dalam agama Islam pun melarang ummatnya bersedih.."La Tahzan"....

Apa-apa pun.....TQ untuk semua yg wish..thru phone or fesbuk....Tqvm! :)

~~SWEET 23rd missdrcinta~~~

Sunday, June 5, 2011

Sejenak Beralih Arah

"MANUSIA BERTOPENGKAN HAIWAN
ATAU
HAIWAN BERTOPENGKAN MANUSIA?"


Benarkah 'tiada manusia dalam dunia haiwan'?
TAPI
ada ramai haiwan ganas dalam dunia manusia.......

Hakikat seringkali menyakitkan
kebenaran walau pahit harus ditegakkan
tatkala mahu mencari
erti sebuah kesahihan
lahir rasa ingin beralih angin
buat menentu arah
agar KAU jadi AKU
dan AKU jadi KAU....

Ah....memang aneh kebenarannya,
walau luaran kita boleh ditukar,
dalam penyamaran
yang hakiki itu adalah dalaman
sebenarnya akan jelas terpancar
kerana itu insaflah agar kau tetap jadi kau...
dan biarkan aku menjadi diriku....


(sekadar gambar hiasan)

Saturday, June 4, 2011

Nikah: Turning Point Seseorang yg bernama Wanita

"Berhati-hati atau terburu nafsu wanita akan menentukan kebahgiaannya dalam suatu kontrak yang diharapkan berpanjangan seumur hidup..."
..........................
Akad nikah adalah turning point seorang wanita. Ia adalah satu pengorbanan yang besar dan pertaruhan yang tinggi. Dengan bersetuju dinikahi bererti wanita merelakan dirinya tunduk dan patuh di bawah pimpinan seorang lelaki yang belum begitu dikenali berbanding bapanya sendiri. Apakah ikatan ini lebih kuat daripada hubungan darah daging??? Apa yang Jelas, bapanya telah memeliharanya dengan baik ibarat menatang minyak yang penuh.

Apakah perasaan kasih sayang dan layanan baik yang dikecapi itu akan berterusan selepas khawin? kesediaan wanita untuk hidup bersama lelaki dan meninggalkan org tua yang membesarkannya adalah suatu pengorbanan yang cukup tinggi. Hal ini hampir mustahil dilakukan kecuali setelah berasa yakin bahawa kebahgiaan dan pembelaan bersama suami mengatasi ketika bersama keluarga kandungnya.

di samping itu, ia sanggup menumpahkan taat setia, khidmat dan hormat untuk 'membeli' redha suami dengan penuh harapan, moga ALLAH akan meredhai dirinya. Sehubungan ini Nabi S.A.W ada bersabda: "Siapa sahaja wanita yang meninggal dunia, sedang suaminya redha padanya,maka wanita itu akan masuk syurga."
(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.)




Pernikahan juga bermaksud wanita bersedia menyerahkan mahkota kehormatan dirinya kepada suaminya dan membuka rahsia dirinya yang paling dalam. Selama ini ianya belum pernah dibuka kepada mana-mana lelaki sekalpun demi menjaga maruah dan harga diri.

Selanjutnya bagi wanita, nikah bukan satu perancangan 5 tahun dalam hidupnya,bahkan satu komitmen seumur hidup. Mungkin pernikahan iti adalah peluang pertama dan terakhir iaitu sekali dalam seumur hidupnya. Sekali tersilap mungkin akan merana sepanjang hidup kerana 'terperangkap' dengan seseorang lelaki dalam satu kontrak hidup yang tidak membahgiakannya.Kesediaan wanita menyerahkan haluan dan keputusan hidupnya ke pintu syurga kepada lelaki 'asing' adalah satu pertaruhan yang besar. Dengan sebab itulah nikah dikatakan sebagai satu perjanjian yang kukuh sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
"Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu (suami) perjanjian yang kuat." (An-Nisa':21)

Menyedari hal ini maka pihak wanita janganlah terburu nafsu dalam persoalan nikah kahwin. Oleh iti sedari awal akan dapat dipastikan bakal suami faham peranan dan tanggungjawab,mahu dan mampu pula untuk bertanggungjawab.



""Jangan membuat keputusan berdasarkan desakan persaingan atau bimbangkan apa orang lain kata. Setelah berasa aman dan percaya terhadap pegangan agama dan hati budi calon suami maka terimalah pinangannya.....""



Sunday, February 20, 2011

::..Aku Kini SeTeLaH LaMa MenYEPi..::



Salam 1 Malaysia.. Salam dariku untuk pembaca sekalian...
Sudah jarang aku berblog...huhu..tak ada masa yg sesuai utk aku menulis blog..banyak kerja kot..biasalah.."kerja sampai mati" katakan...

16 Feb 2011--> Kepala aku sudah mengalami denyutan yang amat sangat..Tapi aku tetap keraskan hati mau pergi kerja. Berbekalkan panadol active fast 2 biji, aku breakfast, aku telan ubat, aku teruskan kerja..aku lupakan sejenak sakit aku. ape yg ada dalam fikiran aku, kerja dan kerja..dapat duit..ingin aje aku dapat duit cepat2..bkn ape, untuk merealisasikan impian seseorang yg xtercapai dek akal aku

17 Feb 2011--> Hilang suda pening aku...datang plak cirit birit..sebelum pergi kerja sudah 4 kali aku ulang alik ke toilet. Namun, aku gagahkan jua untuk pergi kerja..bukan tak boleh ambil MC, tapi aku yg degil..kerana dalam kepala aku hanya 1..aku tak nak dikatakan anak derhaka..oleh itu, aku kena kerja, aku kena dapatkan duit, aku kena merealisasikan impian ibu tercinta aku..fikir dan fikir..

Bila malam menjelma, aku sudah tidak tahan sakitnya...macam2 aku terasa..Lalu tunang kesayangan memaksa aku utk ke Klinik panel keluarganya..Aku pergi demi menjaga hati..kalau di ikutkan malas jer aku pergi, esok lusa ok la tuh..degilkan aku??

Tepat jam 10.30 mlm aku sampai di Klinik..

6 kali doktor mengulangi shygmanometer dia (alat untuk memeriksa tekanan darah...muka doktor macam terkejut jer...aku tanya, mula2 doktor tak nak jawab..lagi ditekan-tekan, di ulang bacaan..

"tekanan darah awk tinggi 156/100"

Aku sudah tahu ape penyebabnya..."stress yang berlebihan!"

Gila kan aku, suda tahu stress tapi aku tetap tak kurangkan stress itu.

Tapi ape boleh buat....asal aku balik umah jer..stress aku makin menjadi2..kenapalah susah sangat nk terima..Dugaan kuat dari DIA..tapi aku belum ketemui jalan penyelesaiannya...Hari demi hari aku mencari..(still dlm pencarian)

Doktor dah pesan, jgn fikir banyak2, jgn selalu tidur lewat, tidur biar cukup..Jgn ter'over' stress...

Dah dengar nasihat doktor, aku keluar nk balik...bil semua abg yg settle kan, aku dah xlarat nk fikir time tuh..TQVM my dear...

Tup2..otw balik tuh..
"Bakpo Na Xcukup tidur?"
"Na takut tidur dalam gelap yg xde sikit pun cahaya, jadi bila on je lampu atas..bila tidur tu, sejam or 2 jam sekali mesti tersedar.."
"Ok..malam ni tidur lena2..abg g cari lampu tidur jap.."
...terharunya aku...
(tapi memang lena pun tidur malam tu...sedar2 jam 9 pagi...nasib baik dapat MC xpyh smyg..kiki..)

18 Feb 2011--> Aku still bangun pagi...dlm kepala nk pergi kerja..rasa mcm dh OK sikit terus nk g kerja..So. siap2 pergi kerja...Lebih kurang jam 1 ptg, aku dah kembali sakit...dah xlarat...call abg dtg ambil...xboley kerja jgk hrituh..

...Bos siap telefon lagi nak call pakar nk masukkan aku kt hospital pakar perdana, maklumlah ade insurans katakan..tapi aku tak nak masuk..nti macam2 doktor akan wat untuk ketahui sakit aku ni..aku belum bersedia lagi...nanti2 lah..bila sakit teruk, baru nak masuk...huhu...

****...Bila sudah jadi begini..terasa ingin kembali seperti zaman kanak-kanak dulu...tak perlu memikirkan masalah yg melanda..terasa ingin jadi seperti pelajar d universiti dahulu..tak perlu fikirkn masalah "ini"...tapi sekarang..kegembiraan aku hanya di luaran sahaja....dalaman aku hanya memikirkan kehendak yg tak tercapai dek akal aku..bila dh jadi cmni....fikir..fikir..dan fikir...aku sdh jadi ahli fikir sampai darah naik..sampai bila aku sendiri belum pasti. mungkin nanti sampai aku mati...****


ADIOS....

kata-kata sekadar meluahkan apa yg terbuku.

~CIntaKu HinGga KeSyuRga~

IKAN ITU, MENGINGATKAN AKU AKAN DIKAU...

1 tahun 8 bulan

1 tahun 8 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cursor