~~PenC!nTa SeTia~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Qistina Raudhah bt Kasmijefriza

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

-0uR SeC0nD BaBy-

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Friday, February 26, 2010

Laqad kaana lakum fii rasulillahi uswatun hasanatun liman kaana yarjullaha wal yaumal aakhira wazakarallaaha kathiraa. (al ahzaab:21)
Alhamdulillah, tahun ini sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda S.A.W.
Umumnya masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W telah dilahirkan pada hari...
Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah
bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.


KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Allah berfirman yg maksudnya:
"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."
Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;
"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah? sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar.
ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."
Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan. Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arah ibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.
Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit. Perkara2 pelik yang berlaku merupakan mukjizat kenabian yang ALLAH bertujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi.
Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.
...Wallahua'lam...
SALAM MAULIDUR RASUL





0 comments:

~CIntaKu HinGga KeSyuRga~

IKAN ITU, MENGINGATKAN AKU AKAN DIKAU...

1 tahun 8 bulan

1 tahun 8 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cursor